Monday, January 18, 2010

Q n A

aiyak...lame plak rase x update blog ni..bukan apa dalam 2 minggu ni kitorang busy sket...tapi sekarang dah back to busines...gambar x sempat nak ambil lagi...InsyaAllah dalam minggu ni akan di update gambar.
So entry kali ni cuma nak bagi sedikit info pasal tanaman ni berdasarkan soalan yang orang selalu tanya

Q: Ade market ke? (soalan paling famous ni)
A: Ada.macam kami, semua hasil yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan diambil terus oleh TADC (Lebih kurang 80%)

Q: Besar tak kos permulaan
A: Jujurnya memang besar tapi Alhamdulillah kami dapat bantuan dari Pertanian. Boleh dapat info dari Pejabat Pertanian terdekat (malu bertanya sesat jalan)

Q: Berapa lama baru boleh tuai hasil
A: 75 hari

Q: Berapa kali boleh tuai?
A: Sekali sahaja. pastu tanam pokok baru

Q: Satu pokok boleh berapa biji?
A: maksimum 2 tapi kami cuma buat sebiji sepokok untuk jaga kualiti

Sebenarnya akan ada banyak lagi soalan bila anda melihat sendiri. tapi kalau ada soalan feel free to email us or leave comment...thanx 4 reading and happy gardening :)

Monday, January 4, 2010

Project dah bermula...

Setelah agak lama berehat(sebab musim tengkujuh), Alhamdulillah projek tanaman fertigasi kali ke-3 sudah bermula..(yeay!)..Ayah dan adik2 dah mule sibuk membuat persiapan untuk memulakan tanaman...

Kali ini kami bermula seperti kali pertama...sebabnye
1- tanah baru lepas ditambun
2- semua bangsal telah dicabut

jadi dapatlah kami berkongsi segala proses untuk memulakan projek ini :)
ini sedikit gambar dari kami:

PROSES MEMASANG ALAS PLASTIK








jadi ini sahajalah yang dapat dikongsi buat masa ini...apapun~Happy gardening(bukan kat fb je tau)