Monday, February 1, 2010

Rumah lindungan hujan


i) Rumah lindungan hujan
~untuk mengawal lembapan berlebihan terutama semasa hujan lebat.
~bumbungnya mestilah membenarkan c
ahaya matahari menembusi untuk membekalkan cahaya kepada tanaman.
~menggunakan plastik lutsinar kalis hujan berukuran 0.18mm hingga 0.30mm
~contoh saiz rumah lindungan hujan 2.4m x 2.4
m x 18.3m (8x8x60kaki)/unit
~untuk 2000 polibeg melon memerlukan 20 unit


Kelebihan..

Antara kelebihannya ialah :

i) Jumlah nutrien lengkap yang diberi, boleh dikawal mengikut keperluan dan peringkat pertumbuhan tanaman.

ii) Penggunaan baja yang lebih cekap dan berkesan.
iii) Boleh mengatasi masalah penanaman akibat tanah tidak subur, penyakit, perosak dan masalah hujan.

iv) Mampu memberikan hasil yang tinggi berbanding kaedah biasa pada keluasan yang sama.

v) Penggunaan medium tanaman dan persekitaran yang berih dapat mengurangkan masalah penyakit.

vi) Kualiti dan kuantiti hasil yang lebih baik

Apa itu fertigasi

Fertigation berasal dari perkataan "fertilizer" dan "irrigation". Fertigasi adalah satu kaedah peneneman di mana satu larutan baja diagihkan ke zon akar tanaman melalui sistem pengairan(titis). pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media tanpa tanah.